KESIMPULAN Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis, Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan
PENGAJARAN Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Oleh itu, setiap kaum haruslah bekerjasama dan menghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain. Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah dipelahara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.
Comments
Post a Comment